Saturday, April 28, 2012

~ tegur menegur ~


Ya ALLAH, bantulah aku membantu diriku dan sahabat seperjuanganku..

Syaitan tepuk tangan kalau seorang muslim mendiamkan teguran terhadap saudaranya. Dia akan buat macam-macam untuk stop kita dari buka mulut. Kadang dia buat kita rasa takut kena marah balik. Kadang dia buat kita rasa ah biarlah orang yang lagi hebat tegur, aku ni biasa-biasa ja. Kadang dia buat kita rasa well, kubur memasing, semua dah besar kan dah boleh fikir sendiri. Kadang lagi, dia buat kita rasa huwmm aku sendiri nie pun pening-pening lagi, nak tegur orang pulak. Dan macam-macam lagi syaitan tu bisik-bisik nak buat kita tak yah tegur. target dia satu ja..ingat lagi tak? haa, yang ayat syaitan bersumpah tu..apa dia ya?

Ada..ayat tu..surah al Hijr ayat 39.
Iblis berkata: Wahai Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka”


Hmm jadi itulah dia. Kita nie, walau apa pun yang kita rasa dalam hati kita, JANGAN sekali kita bagi syaitan tepuk tangan. Ok serious, JANGAN. Kita tegur jugak, tegur jugak. takkah kita kasihan dan sayang pada insan yang buat salah tu, mungkin dia tak sedar kesalahannya, macam kita jugak lah yang selalu alpa. kita jugak tak nak hanyut dalam kesalahan tu kan. Tegurlah kesalahan yang di depan mata kita tu dengan ikhlas dan sehemah mungkin. Sebab kita tak mahu esok di mahsyar,,



''perjalanan kita disekat dan ditarik-tarik oleh orang-orang yang kita berhutang teguran pada mereka.''


takut dengan ayat nie. mesti semua orang tak nak jadi macam tu kan? na'uzubilLAH


Tapi.. malu. tak sepatutnya malu tu menghalang kita dari melakukan kewajipan untuk nahi mungkar, bukan.

jadi,, lepas ni kita saling menegur ya. Dan sambil itu kita tingkatkan diri kita. Mana ada orang tak berbuat dosa..Kalau nak tunggu orang yang tak berbuat dosa yang tegur, maknanya bertepuk-tepuk girang la syaitanirrajiim itu nanti sebab memang tak ada anak adam yang tak ada berbuat dosa. ish, tak boleh biar nie, kita kena perang!


Tegurlah andai diri ini ada silap lepas nie.. Memang ada banyak pun. k.. dont worry, konsep berlapang dada akan cuba diaplikasikan. Sungguh, diri ini amat mendambakan dan menghargai teguran antum semua.


ALLAH, terima kasih ya ALLAH.. rupanya Kau mahu ku sedarkan diriku sendiri, melalui lidahku sendiri, ke telingaku sendiri.



“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada ALLAH; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (1) Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH– kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3)”

(As-Saff:1-3)

~selamat beramal~