Saturday, April 28, 2012

~ tangani kesilapan ~



Sebagai manusia biasa yang penuh kekurangan, kita takkan pernah lari dari terrmelakukan kesilapan, samada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Jadi, suatu kesilapan itu merupakan suatu yang wajar. Tetapi, ia tidak mermaksud yang kita boleh melakukan kesilapan sesuka hati dan berulang kali.



Kesilapan boleh berlaku antara kita dengan ALLAH serta dengan makhlukNya. Kesilapan dengan ALLAH dapat dihapuskan dengan usaha kita untuk bertaubat. Bermula dari menyesali perbuatan, berhenti melakukannya serta berazam untuk tidak mengulanginya. Manakala, keilapan dengan manusia, perlu diselesaikan dengan memohon kemaafan darinya.


Adakala sikap orang adalah cerminan sikap kita sendiri. Mungkin kita tidak menyedari bahawa kita telah menyakiti hati orang, tetapi orang tetap terasa sakitnya. Carilah kelemahan pada diri yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali. Bertenang dan jangan membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka.Kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa.


Betulkan apa yang salah dan usah menyepi dalam penyesalan yang berpanjangan kerana itu akan memakan diri sendiri dan orang lain. Sebaiknya, bersikap jujur dan berterus teranglah dalam merungkaikan permasalahan.


Mengapa?

Kerana.. Mahukah kiranya kita diuji, kemudian ALLAH biarkan kita tertanya-tanya tanpa diberi taufiqNYA tentang hikmah di sebalik ujian itu. Maka akan muncullah ungkapan '''mengapalah aku di uji sebegini??''' dan sebagainya.

Jadi, untuk memudahkan urusan, berterus terang dan berbincanglah dengan insan yang dirasakan bermasalah dengan kita itu.


'ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu'
( at-talaq : 3 )
Dengan kata lain, letakkanlah setiap masalah sesuai dengan ukuran, nilai dan kadarnya dan janganlah sesekali kita berbuat zalim dan melampaui batas. Usah biarkan hal-hal remeh temeh di dunia ini merosakkan kita.


Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.
Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.
Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan ALLAH.

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai ALLAH membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali