Sunday, April 29, 2012

~ bonda ~



Buat bonda y tercinta,

Tuhan, bagaimana mungkin aku dapat balasi jasa
seorang ibu yg tidak pernah kenal erti penat & jemu
mendidik & mengasuh seterusnya memimpin anak2nya kpd
Tuhan, bagi memastikan keselamatan & kebahagiaan bukan
sekadar di dunia tapi hingga ke akhirat y kekal
abadi

Bonda,

Kasih sayangmu bukan sekadar memberi makan, minum,
belaian kasihmu bukan sekadar memastikan kesejahteraan
hidup duniawi, tapi kasih sayangmu terbukti bila
engkau membawaku berkenalan dgn cinta yg hakiki,
Y Maha Agung iaitu ALLAH ta’ala.
Itulah dia belaian kasihmu, bukti kasih sayangmu y sejati.

Bonda,

Di waktu kegelapan, kau bagaikan cahaya penunjuk jalan kpd Tuhan.
Engkau sentiasa tidak jemu memberi
kata2 semangat utk kumeneruskan perjuangan ini
Menatap wajahmu terasa tenang di hati
Engkaulah menjadi tempat rujuk di waktu kekusutan, kaupimpin &
didik tanpa jemu, menjadi guru sepanjang zaman kpd anak2mu
Itulah simbol belaian kasihmu y sejati.

Bonda,

Di waktu anakmu terlantar sakit,
kau menjadi sumber kekuatan, mutiara kata2mu menjadi perangsang &
membakar semangat juang utk pulih semula.

Masih teringat kata2mu: “Sakit adalah penghapusan
dosa, ujian Tuhan utk menguji hamba2nya sama ada redha
dgn ketentuanNya @ tidak. Sakit juga adalah lambang
kasih sayang Tuhan kdp hambaNya”. Itulah sebenarnya
ubat & penawar paling berharga & bermakna buat anakmu
lantaran memberi nafas baru kpdku utk bangun semula.

Bonda,

Teguran & hukumanmu penuh hikmah & didikan.
Biarlah sakit sdkt di dunia agar tidak sakit selamanya di akhirat.
Kau menghukum bukan dgn nafsu tp demi kasih
kpd anakmu yg sentiasa lalai & alpa.
Teguran itu sebenarnya sbg penyelamat drp terjerumus ke neraka kelak.
Engkau tidakkan lena tidur selagi anak2mu kau
pastikan tidak terjerumus dgn dosa.
Engkau tidak bimbang anakmu tidak makan, tp jgn sampai tidak
sembahyang.


Bonda,

Rupa2nya tangisan di malam hari bukan krn risaukan
masalah duniamu, tp airmata yg berguguran itu adalah
menangisi dosa & semoga ia menjadi penebus api neraka.
Dan itulah yg kauajarkan kpdku yg jahil ini. Begitu
berharga nilaian didikanmu pdku, mengajar erti takut &
cinta pd Tuhan.

Tuhan,

Barulah kini aku mengerti, apakah dia ibu yg sejati.
Kasih sayangnya membawa anak2nya kpd Tuhan. Dicelah2
belaian mesranya, dia membisikkan kata2 cinta kpd
Tuhan. Hembusan nafasnya memberi kekuatan jiwa
perjuangan agar bangun memperjuangkan Tuhan &
agamanya. Tegurannya penuh hikmah lantaran cemas
anak2nya terlibat dgn dosa & dimurkai Tuhan.
Pengorbanan paling besar seorang ibu bukanlah apabila
anak2nya berjaya ke menara gading tapi ia lebih
penting dari itu ialah memastikan anak2nya berjaya
menempah sijil utk mendapat redha & kasih sayang
Tuhan. Itulah dia sebesar2 pengorbanan lambang kasih
sayang seorg ibu kpd anaknya. Moga2 Allah membalasi
jasamu dgn sebaik2 balasan & mudah2an aku mampu
menyalin semangat juangmu yg tidak kenal jemu
memperjuangkan Tuhan di akhir zaman. Matamu tidak akan
pejam rapat selagi manusia tidak menjadikan Tuhan
idolanya. Sungguh mulia perjuanganmu.

Mudah2an darah srikandi agung yg mengalir dlm dirimu
akan meresap jua ke tubuhku agar aku dpt meneruskan
perjuanganmu. Kaulah lambang ibu dunia & akhirat.
Kaulah simbol cinta sejati. Kaulah lambang kasih yg
hakiki & kaulah jua lambang srikandi suci. Sungguh…kau
jualah ibuku, guruku, pemimpinku, sahabatku & sumber
kekuatan jiwaku. Terima kasih yg tidak terhingga wahai
ibu…..

~ya ALLAH,, jadikanlah daku ibu yang menyediakan para mujahid di jalanMu..
jua yang menjadikan khansa' sebagai inspirasi~