Monday, November 15, 2010

~keranaMU~

kerana diKAU
aku masih lagi berkelana di ufuk ini
berkekang nasib
mengintai rezeki
seringkali aku termanggu
di persada pintu kekesalan
keluh kesah
mengenang nasib diri yg kononnya jauh lebih malang
dari insan lain
namun diriMU memberanikan aku
menongkah arus
meniti badai
terus mengorak langkah
bait bait janjiMU
ku selusuri
buat penenang hati ku
penguat jiwaku

kini
aku yakin
kasihMU
tidak pernah lari dariku
meskipun aku
seorang hamba bergelumang lumpur dosa
sehinggakan
terkadang ku hilang diri
KAU menyedarkan aku
rahmatMu tidak bertepi
alhamdulillah hil hamd...