Wednesday, November 24, 2010

~sekadar bingkisan~

Wahai insani.
Di perbatasan waktu ini terdapat banyak mehnah mahupun tribulasi yang menyinggah. Dalam sedar mahupun tidak, ia semua kan datang dan pergi begitu sahaja. Semuanya bergantung pada diri kita untuk menilai sesuatu ujian yang diberi itu dari sudut mana. Sejauh mana pergantungan kita pada Allah dalam menghadapi situasi tertentu. Begitu juga dengan ibrah yang dihayati mahupun tindak tanduk yang kita ambil rentetan dari ujian tersebut. Adakah ia perpandukan nafsu dijiwa, bisikan syaitan mahupun bicara iman. Di sini, kita punyai banyak jalan untuk dipilih. Inilah kriteria-kriteria dibawah penilaian Allah demi menguji dan menilai hamba-hambaNya. Sebagai seorang yang hina, kita tidak mampu menilai diri sendiri apatah lagi orang lain. Walau apapun, ayuh sama-samalah kita cuba sedaya mungkin untuk meraih perhatian Allah. Yakin dan sedarlah bahawa disetiap detik, saat dan waktu, kita sentiasa berada di bawah pengawasanNYA. Kita tidak pernah bersendirian lantaran Raqid dan Atid yang taat dalam melaksanakan perintah Allah. Kita juga tidak pernah sunyi lantaran malaikat Maut yang tidak jemu-jemu menjengah kita dalam kehidupan seharian kita. Tidak lupa juga pada si licik yang sentiasa mencari peluang untuk menusuk hasutan keji ke dalam diri kita. Begitu juga dengan nafsu yang paling hampir dalam diri kita. Semestinya kita sudah sedia maklum tentang perkara ini namun, atas dasar kita yang bergelar insan, kita sering lupa lagi lalai. Oleh itu, peringatan berterusan amat penting bagi kita walau dengan apa method sekalipun. Peringatan utama buat diri ini yang hina. Semoga Allah akan terus menerus melimpahkan nur hidayahNYA kedalam jiwa-jiwa insan yang mendambakan cintaNYA.. ameeeen ya rabbal ‘alamin~