Saudaraku,
Kiranya pada saat ini kau dilanda kesedihan
Jantungmu bagai ditusuk sembilu
Hatimu tersiat hancur
Akalmu buntu
Kaki dan tanganmu kaku bagai kerasukan
Puncanya hanyalah kata-kata nista saudara kandungmu
Perebutan daki dan kerak harta dunia
Umpat keji atau hanya gerak anggota badan sinis iparmu
Paling hebat tindakan-tindakan manusia menekanmu
Saudaraku
Ingatlah,
Manusia-manusia Agung zaman lampau
Tidak terkecuali daripada cubaan, dugaan dan ujian
Rasul SAW kalau dijadikan perbandingan
Dialah Raja Segala Raja
Yg paling banyak menerima siksaan kaumnya
Yg paling banyakmenerima ujian Tuhannya
Yang paling tulus dan ikhlas kepada umatnya
Dialah raja di syurga!!!
Saudaraku...
Abu Hanifah mati dipenjara kerana ilmunya
As Syafie dirantai kaki dan tangan kerana hujahnya
Ibnu Hambal hampir menemui ajal dipenjara kerana mempertahankan maruah Al Quran
Ibnu Taimiyah juga terpenjara kerana keberaniannya dan maut pula menjemputnya disitu
Al Hallash redha dijatuhi hukuman mati semata-mata maslahah ummah
Al Banna dibunuh kerana menunjuk anak watannya jalan utk kembali
Ibnu Mukhtar direnggut nyawa oleh sang algojo penjajah demi maruah ummat dan watan
Ibnu Qutb juga ketali gantung kerana kasih kepada agama, watan dan negaranya
Disitulah lahir dibawah lembayung Al Quran daripada jari jemarinya yg menggerakkan Qalam
Saudaraku
Tanyalah imanmu
Siapa kamu?
Siapa juga aku?
Disisi mereka ini?
Cukupkah sudah dengan hanya sekadar mengeluh?!
Membilang epilog demi epilog hidupmu?!
Yang jawapannya hanyalah kekecewaan
Tanpa berusaha bangkit kerana sedihnya amat
Saudaraku jangan bersedih...