Thursday, June 30, 2011

~ malam itu ~

kelamnya malam diredah
dijejaki jauhnya marhalah
hanya dalam singkat waktu permusafiran

dalam liku-liku perjalanan
pelbagai keanehan dialami
dihidang cangkir enak minuman
dipandang tanah subur hati berkenan


Dikhabar rahsia sebalik keganjilan
andai ditoleh panggilan suara
kan hanyut semua dalam dunia
cangkir susu yang disantap
pilihan fitrah tuntutan nurani
putih mulus dan suci wadah
tanah subur tertarik hati
tanah mastautin dan maqam nanti


Satu malam yang dilewati
jauh jarak di muka bumi
petala langit jua diterokai
segala dialami terus diperi
gilalah siapa yang percaya
ceritanya amat luarbiasa
walau dengan dalil nyata
mustahil pada akal kita


Terpahat di tugu sejarah
sahabat setia terima segala
tiada ragu, tiada sanggah
pelik dan benar peristiwa
momentum gerakan dakwah
wadah sempurna dan diredha