Tuesday, December 28, 2010

RINTIHAN SYEIKH AHMAD YASIN - PALESTIN

> > "Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai
> > ke tahap mana keadaan ini?
> > Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu
> > memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku
> > yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah
> > yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat
> > dengan suaraku (yang perlahan ini).
> >
> >
> > Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk
> > memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan
> > (kerusi roda) ku.
> >
> > Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung
> > usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa
> > bermacam-macam penderitaan."
> >
> >
> > "Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang
> > tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga
> > menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua
> > begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah,
> > ataukah kalian semua telah mati binasa.
> >
> > Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman
> > yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaumpun
> > bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah... Tiada
> > satu kaumpun (di kalangan kalian) yang bangkit
> > menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan
> > perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami
> > daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi
> > kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas...
> > (Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh)
> > yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan
> > menghukum kami.
> >
> > Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina
> > sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah
> > negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis
> > dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan
> > pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan
> > meringankan bebanan kami.
> >
> > Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan
> > tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan
> > tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan
> > kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai
> > sambil melaungkan, "Ya Allah, perkuatkanlah
> > saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan,
> > kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas
> > dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!"
> >
> > Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk
> > kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai
> > peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan
> > terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami
> > akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan
> > mati membelakang (dalam keadaan melarikan lari) dan
> > akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami,
> > wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.
> > Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran
> > buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian
> > menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera
> > putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan
> > mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah).
> > Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.
> > Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya
> > mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian.
> > Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan
> > menghulurkan simpati.
> >
> > Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang
> > lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
> >
> > Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi
> > musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah,
> > jangan menjadi musuh kepada kami wahai
> > pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini."
> >
> >
> > "Ya Allah, kami mengadu kepadaMu... kami mengadu
> > kepadaMu... kami mengadu kepadaMu... kami mengadu
> > kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami.
> > Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan
> > kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan
> > kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah
> > kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami.
> > Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?
> >
> > Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang
> > tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang
> > diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita
> > yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-
> > rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang
> > dirosakkan.
> >
> > Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan
> > (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami,
> > berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.
> >
> > Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami,
> > betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan
> > betapa berjayanya musuh-musuh kami..."
> >
> > (Diterjemah dan dipetik daripada Web Palestininfo
> > berbahasa Arab 8/9/2003)

~ sangat menyentuh jiwa akan apa yng dirintihkan.. tidakkah kita rasa tergugat dengan rintihan yang bisa membuatkan kita merintih yang tak sudah di akhirat kelak?? ayuh bertindak.. check it out! ~