Wednesday, June 9, 2010

Penulis muslim ~

1. Haruslah bijak di dalam memilih tajuk yang sesuai, menghuraikan tajuk itu dengan gaya bahasa yang baik dan jelas yang maknanya sampai ke hati dan akal manusia dan boleh memberi kesan yang dikehendaki.

2. Yang dikehendaki dengan penulis muslim ialah berpegang dengan kefahaman islam yang betul dan jauh dari penyelewengan dan salah faham. Ia hendaklah mengira berapa banyak dosa yang akan ditanggungnya jika pembaca-pembaca terpengaruh dengan fahaman yang salah itu.

3. Penulis muslim yang mempunyai bakat dalam penulisan dan sebaran am hendaklah disuburkan bakat itu dan dimanfaatkan. Dengan kehadiran mereka yang terdidik dengan didikan islam ini diharapkan tidak ada ruang di dalam bidang sebaran am ini yang tidak dimanfaatkan dan diambil faedah darinya.

4. Cerpanis muslim hendaklah mengemukakan pendapatnya dan menyelesaikan setengah masalah bagi semua peringkat dari kanak-kanak, pemuda dan pemudi, oran dewasa lelaki dan perempuan dengan cara cerita yang mempunyai tarikan dan ada kesannya.


5. Penyair muslim yang memberikan sumbangan melalui sya’irnya di dalam setengah masalah hendaklah mencipta nasyid-nasyid yang menimbulkan semangat berjuang dikalangan pemuda dan kanak-kanak yang sedang meningkat kerana dengan sya’ir mempunyai peranan untuk mempengaruhi jiwa manusia.

Semoga post ana kali ini dapat memberi impak yang tidak kurang maksimanya buat diri dan sahabat sekalian juga. Kelihatannya, ia bukan suatu yang mudah untuk dilaksanakan terutamanya buat diri ini yang masih bertatih tatkala yang lain sudah pandai berlari. Namun, apa yang penting adalah kerjasama sahabat-sahabat dalam mendoakan antara satu sama lain dan yang terpenting adalah mardhatillah.