Makanan dan minuman
Pembaziran di dalam makanan dan minuman banyak berlaku di kalangan orang sekarang. Bermacam jenis makanan dihidangkan semasa makan dengan kadar yang banyak bagi setiap satu sehingga menggunakan perbelanjaan yang banyak. Lebihan makanan hanya dicampakkan di bakul sampah sahaja sedangkan ramai orang mati disebabkan kebuluran. Pejuang-pejuang afganistan begtiu sangat mengharapkan sesuatu yang boleh menahan kelaparannya. Islam melarang ummatnya membazir:
‘Makan dan minumlah dan jangan melampau batas’
Surah al-a’raf : ayat 31
Hadis rasulullah sallallahu ‘alaihi a sallam:
‘tidak penuh anak adam dengan yang memenuhkan itu sebagai kejahatan demi perutnya’
Melampaui batas di dalam makanan itu menjadikan seseorang itu gemuk dan seterusnya akan mengakibatkan berbagai penyakit, kuat syahwat dan menjadikannya malas, melambat-lambatkan berbuat ibadah dan berjihad. Saidina umar berkata :
‘awasilah diri kamu dari banyak di dalam makanan dan minuman kerana ianya merasakan tubuh badan menyebabkan sakit memalaskan bersembahyang. Hendaklah kamu berekonomi di dalam makan dan minum, kerana itu yang lebih baik bagi badan kamu dan menjauhkan dari melampau. Allah marah orang yang gemuk, seseorang itu tidak binasa sehingga syahwatnya mengutamakan agamanya’
Sesuatu yang menjadi tabi’at yang terbalik ialah dengan menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan yang penuh dengan makan dan berlumba-lumba dengan makanan, bukannya bulan lapar dan banyak lagi perkara yang bertentangan dengan tabi’at bulan ramadhan. Sebenarnya, pada bulan ramadhan dianjurkan umat islam melatih diri dengan mengurangkan makan dan minum serta membanyakkan berbuat ibadah dan menjauhkan ma’siat dan sesuatu yang melalaikan.
Yang diperlukan oleh keluarga islam berhubung dengan makanan dan minuman ialah makanan yang halal dan baik, serta menjauhkan diri dari makanan yang haram dan yang ada syubhah. Jangan membazir dan yang penting ialah supaya mengutamakan kandungan zat makanan itu, untuk keperluan badan manusia. Keseronokan di dunia ini bukan bererti memenuhkan perut dengan mengorbankan keseronokan di akhirat. Ingatlah bagaimana makanan rasulullah sallallau alaihi wa sallam dan isteri-isteri baginda. Aisyah meriwayatkan bahawa telah beberapa bulan api tidak menyala di rumah rasulullah sallallahu alaihi wa sallam untuk memasak. Banyak dari sahabat baginda antaranya Abu Bakar dan Umar telah keluar kerana lapar. Kita juga jangan lupa untuk berdoa ketika hendak makan dan ketika sudah makan supaya diberkati makanan dan makanan kita tidak berkongsi dengan syaitan laknatullah. Jadi, ayuh kita renung-renungkan dan selamat beramal.