Thursday, October 9, 2014

Pengakhiran sebuah permulaan

Salam'alaikum.... Sudah bersawang blog ni... Agak2 kenapa ya? :) tidak mengapalah, kita hentikan persoalan itu di situ... Yang penting, ingin ku mulakan hidup yang baru... Ininku mengundur diri dari blog ini dan memulakan blog baru; di mana tiada insan akan mengenali penulis blog tersebut; yakni diriku... Biarlah, ku buat semua ini for the sake of my relationship with my Rabbi Ya Illahi ... Doakan daku sahabat2... Buat sahabat2 yang mengenali diri, thanks for everything.. I really appreciate the presence of you.. eh, dah kenapa ni macam nak pergi ja... hee, ya memang,. memang kita semua akan pergi bukan, :) so sahabat2, doakan diri ini yang hina ya... salam'alaikum wbt~

Tuesday, June 12, 2012

~PUISI CINTA dan AL QURAN~




Aku tahu
PUISI CINTA tidak kemana-mana
PUISI CINTA tidak ada apa-apa
PUISI CINTA tunduk dan malu
dihadapan kemuliaan AL QURAN

Apalah ada pada PUISI CINTA
kalau dibandingkan dengan AL QURAN

Aku juga tahu
kalau seluruh hayat ku
ku tumpahkan tenaga
buat menulis PUISI CINTA
atau apa saja tulisan

namun...
masih juga tidak mampu
menandingi kehebatan AL QURAN

PUISI CINTA hancur dihadapan AL QURAN
PUISI CINTA lemah dihadapan AL QURAN
PUISI CINTA tunduk dihadapan AL QURAN
PUISI CINTA tidak berharga dihadapan AL QURAN

Aku juga sedar
sekurang-kurangnya
tulisan PUISI CINTA ku
akan dapat mendorong ku
dan memimpin ku
kepada...
cinta AL QURAN

Friday, June 1, 2012

~inzar buat mujahid~


Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada ALLAH swt dalam apa jua keadaan.

Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan.

Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat musuh-musuh kamu.

Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka.

Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada ALLAH swt.

Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka.

Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki.

Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .

~peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a.~

~tersenyumlah~


Maka akupun berkata,

“Tersenyumlah dan berdendanglah,

Kala kau membandingkan semua umurmu kan habis untuk Merasakan sakitnya.

Orang berkata,

“Perdagangan selalu penuh penipuan,

Ia laksana musafir yang akan mati karena terserang rasa haus.”

Tapi aku berkata,

“Tetaplah tersenyum,

Karena engkau akan mendapatkan penangkal dahagamu.

Cukuplah engkau tersenyum,

Karena mungkin hausmu akan sembuh dengan sendirinya.

Maka mengapa kau harus bersedih dengan dosa dan kesusahan orang lain,

Apalagi sampai engkau seolah-olah yang melakukan dosa dan kesalahan itu?

Orang berkata : “Sekian hari raya telah tampak tanda-tandanya

Seakan memerintahkanku membeli pakaian dan boneka-boneka.

Sedangkan aku punya kewajiban bagi teman-teman dan saudara,

Namun telapak tanganku tak memegang

Walau hanya satu dirham adanyaKukatakan :

“Tersenyumlah

cukuplah bagi dirimu karena anda masih hidup,

dan engkau tidak kehilangan saudara-saudara

~ jangan lupa namaku ~


Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati


Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu

Tuesday, May 29, 2012

~duhai dokter~




Setiap dari kita pasti akan menjengah ke alam kerjaya. Sungguhpun begitu, tugasan utama kita sebagai khalifah di muka bumi ini, hambaNYA serta da’ie kan tetap berjalan sejajar dengan putaran waktu. Malah, beban yang digalas kian bertambah. Di sini, terasa suka untukku membicarakan tentang kerjaya seorang doktor.


Wahai para doktor, dengan ini daku merendahkan hati memohon segunung kemaafan atas pandangan yang terpesong mahupun ungkapan yang terlanjur yang pernah dilontarkan. Ya, mungkin kerana kesalahan yang secebis cuma, suatu spesifikasi yang salah telah menghukum semuanya. Lupakah kita pada jutaan kes telah dikendalikandengan sebaiknya. Namun hanya dengan kes yang satu ini, kita telah menghukum kesemuanya. Ini tidak adil. Ya, manusia mudah lupa! Hanya dengan suatu kesalahan, segala kebaikan diketepikan. Atas asbab ini jualah ramai wanita menghuni neraka lantaran mengatakan ‘aku tidak pernah melihat suatu kebaikan pun dari suamiku’; hanya kerana mungkin suatu kesalahan yang dibuatnya.


AlhamdulilLAH, syukur pada ALLAH yang telah menyentuh hatiku tentang betapa mulianya tugas seorang doktor. ALLAH benar-benar membuatku merasakan denyut kasih medik. Syukur kehadratNYA yang telah merobohkan tembok dan menyingkap hijab ini lantas mentarbiyyahku tentang semua ini. Apa yang berlaku, biarlah Dia yang tahu. Mendalam, amat mendalam tetapi hanya ini yang mampu ku zahirkan.


Tugasmu amat mulia, apatah lagi jika didasari dengan matlamatmu untuk kebangkitan Islam. Dikau bukan sahaja merawat jasmani insani malah turut merawat rohani manusia yang lebih parah. Duhai para tabib Islami, rintihmu kian ku dengari.


Sanggup tak makan kerana awlakan kami, bukan.

Sanggup berkejar ke sana ke sini untuk kami, bukan.

Sanggup melayan emosi kami walhal kamu kesuntukan masa, bukan.

Sanggup korbankan masa tidur dan rehatmu demi kami,bukan.

Malam itu dikau oncall dan esoknya paginya bekerja seperti biasa, bukan.

Bukan ganjaran yang dikau nantikan, bukan.

Sanggup menggadaikan masa bersama yang tersayang demi keutamaan kami,bukan.

Kamu menahan keperitan melihat kami menjadikan alasan sakit untuk tidak menunaikan solat,bukan.

Kamu sedih melihat kejahilan kami tentang masalah fiqh, bukan.

Kamu kecewa melihat kami yang tidak menjadikan sakit sebagai peluang untuk mendekatkan diri padaNYA, bukan.

Kamu tetap berusaha untuk hadir dalam wajah yang tenang dan mengukir senyuman walhal dirimu dicengkam keletihan, bukan.

Kamu penat dengan karenah kami yang tidak memahami, bukan.

Kamu tidak pernah meninggi diri atas title ‘doktor’ yang kamu miliki malah rela dimarahi pihak atasan, bukan.

Banyak yang hendak diperbetulkan dan disampaikan kepada kami namun kamu amat kesuntukan masa, bukan.

Banyak monolog dalamanmu, bukan.


Motivasi buatmu..sabarlah
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrulLAH". Ketahuilah! Dengan "zikrulLAH"itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Ar-ra’d:28

‘’Dan sesungguhnya kami akan berikan balasan pada orang yang sabar’’
An-nahl :96

‘’Sesungguhnya hanya orang-orang bersabarlah dicukupkan pahala mereka tanpa batas’’
Az-zumar : 10

SubhanALLAH…
Mengertilah, sesungguhnya setiap detik saat waktumu, apa yang terzahir mahupun yang tersembunyi dihatimu, adalah di bawah pengetahuan ALLAH. Usah lelah, tapi bangkit, tabah dan istiqamahlah. Nantikan kerehatanmu yang berpanjangan di jannah!


p/s: post ini tidak hanya tertakluk pada lapangan kedoktoran semata-mata. juga dapat diapplikasikan pada bidang masing-masing mengikut waqinya yang tersendiri.

Thursday, May 24, 2012

~catat hutangmu~





“Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berhutang yang diberi tempoh hingga suatu masa, maka hendaklah kamu tulis (hutang dan masa bayarannya) …” (al-Baqarah: 282).


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
‘Hutang emas’ boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati. . .