Tuesday, May 1, 2012

~ monolog harijadi ~



marilah kita hidup
seperti orang yang menanti mati
kerana ingat mati itu
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma
namun itu lebih bermakna

percayalah
orang yang berhak hidup dalam ketenangan
adalah orang yang sentiasa bersedia menghadapi
kematian!


buat segelintir insan yang mengetahui siapa diri ini
usah melihat pada insan hina yang tidak layak berkata-kata
tetapi
lihatlah pada apa yang diperkatakan
sebolehnya
buat-buatlah lupa,, siapa sebenarnya penulisnya . . .