~apalah erti penantian ~
Buat yang setia menanti tanpa persetujuan
Disini dikau bersama cinta yang belum tercapai
Dikau sedang menantinya dalam sebuah perwujudan
Nyatakah si dia untukmu?
Apalah erti menanti bila cinta bertahan sebelah hati
Dan tak ada kepastian dari penantian yang dikau jalani
Hanya suatu jawapan pasti yang perlu kau nanti dari si dia empunya diri
Jika tidak, pergi sahaja dikau dari cinta yang begini
Lalu dikau menanti cinta lagi yang lebih baik
Daripada dikau terus bertahan pada cinta yang tak pasti
Sememangnya kita mampu hanya merancang
Namun ada masanya perancangan itu harus dibentangkan