Tuesday, May 17, 2011

Dari Sa’ad radhiallahu anhu dia berkata: Pada suatu hari, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang dari tempat yang tinggi hingga saat beliau melintasi masjid Bani Mu’awiah, beliau masuk lalu shalat dua rakaat, dan kami shalat bersama beliau, lalu beliau berdoa lama sekali kepada Rabbnya. Setelah itu beliau menemui kami lalu beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
سَأَلْتُ رَبِّي ثَلَاثًا فَأَعْطَانِي ثِنْتَيْنِ وَمَنَعَنِي وَاحِدَةً سَأَلْتُ رَبِّي أَنْ لَا يُهْلِكَ أُمَّتِي بِالسَّنَةِ فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُهُ أَنْ لَا يُهْلِكَ أُمَّتِي بِالْغَرَقِ فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُهُ أَنْ لَا يَجْعَلَ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ فَمَنَعَنِيهَا
“Aku meminta tiga (hal) pada Rabbku, Ia mengabulkan dua (hal) dan menolakku satu (hal). Aku meminta Rabbku agar tidak membinasakan ummatku dengan kekeringan, maka Ia mengabulkannya untukku. Aku meminta-Nya agar tidak membinasakan ummatku dengan banjir, maka Ia mengabulkannya untukku. Dan aku meminta-Nya agar tidak menjadikan kehancuran mereka di antara sesama mereka tapi Ia menolaknya.” (HR. Muslim no. 2890)


Allah Ta’ala telah menetapkan takdir bagi akhir umat ini. Allah Ta’ala menetapkan bahawa Islam dan para pemeluknya tidak akan binasa dengan kekeringan dan kelaparan sehingga mereka tidak perlu terlalu khawatir dengan kemiskinan karena itu tidak akan membinasakan mereka. Allah juga menetapkan bahawa Islam dan para pemeluknya tidak akan hilang dari muka bumi akibat banjir bandang, kerananya mereka tidak perlu terlalu khawatir akan kehilangan ketahanan di dunia gara-gara bencana alam. Allah Ta’ala juga telah menetapkan bahawa Islam dan kaum muslimin tidak akan pernah dikuasai dan dikalahkan oleh musuh-musuh mereka, walaupun musuh telah mengepung mereka dari berbagai sisi, yang kerananya mereka jangan terlalu memfokuskan perhatian pada musuh-musuh dari luar Islam.

Akan tetapi Allah Ta’ala telah menetapkan bahawa Islam dan kaum muslimin akan hancur akibat perbuatan kaum muslimin itu sendiri. Mereka sendiri yang menyebarkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sehingga mereka sendiri yang akan saling berperang dan membinasakan. Mereka ini adalah orang-orang kafir yang berpakaian Islam dari kalangan orang-orang munafik dan zindik dan mereka adalah orang-orang jahil dalam agama yang diperalat oleh orang-orang yang berpenyakit hatinya yang suka jika kaum muslimin berpecah.

Oleh itu, hendaklah kaum muslimin sedar bahawa musuh yang terbesar bagi mereka adalah musuh dari dalam dan bukan musuh dari luar. Musuh terbesar mereka bukanlah orang kafir dan musyrik yang sudah jelas kekafiran dan kesyirikan mereka. Akan tetapi musuh terbesar mereka adalah orang-orang yang hatinya berpenyakit, yang cuba menyebar racun-racun kekafiran di tengah-tengah kaum muslimin dari dalam, melalui bid’ah-bid’ah dan pemikiran-pemikiran yang serong dan bertentangan dengan wahyu yang Allah Ta’ala turunkan.

Walaupun perpecahan kaum muslimin adalah hal yang pasti terjadi, akan tetapi hal ini tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan perpecahan dan tidak menjadikan seorang muslim untuk berputus asa dari mengusahakan kesatuan ummah. Kerana perpecahan ini adalah masalah takdir sementara kesatuan ini adalah perintah syariat. Dan sungguh Allah Ta’ala telah membebani kita untuk menjalankan syariat dan tidak membebani kita untuk merubah takdir. Dan wajib diketahui bahawa terkadang Allah Ta’ala menetapkan suatu takdir yang bertentangan dengan perintah yang Dia sendiri perintahkan kerana adanya hikmah yang besar di sebaliknya.

Dan di antara hikmah terbesar dari terjadinya perpecahan dalam umat ini adalah sebagai fitnah dan ujian bagi manusia. Siapa di antara mereka yang beriman dengan ikhlas dan siapa yang beriman kerena ikut-ikutan, siapa di antara mereka yang beriman kerana mengetahui nikmatnya keimanan dan siapa di antara mereka yang hanya beriman saat keadaan memungkinkan. Siapa di antara mereka yang hatinya bersih dan siapa di antara mereka yang menyimpan penyakit kedengkian dan permusuhan di dalam hati mereka walaupun mereka menampakkan kebaikan secara lahiriah, kerana keburukan dalam hati menunggu waktu untuk dia keluar.