syahdunya terasa.. jiwaku kacaw.. kekasih hatiku yang ku nanti saban waktu selama ini hanya mampu meluangkan seketika waktu sahaja bersamaku.. hanya seketika..sedih rasanya..sebak didada.. ingin saja aku meraung.. tapi, apakan daya.. kerana perintahNY terhadapmu, aku merelakan dan meredhoi pemergianmu.. wahai dirimu, dikau akan terus ku nanti, menanti dan terus menanti dengan setia sampai ke hujung nafasku.. sampai ku menutup mata..
wahai CINTAku... seinfinity n segunung terima kasih ku ucapkan lantaran kesempatan yang masih DIKAU berikan padaku untuk bersama kekasih hatiku.. cintaku... kedamaian ku.. cahayaku.. penawarku...
semoga bait2 indahku bersamanya, DIKAU rahmati, sayang.. ampunkan daku andai terselit bait2 indah yang sepatutnya daku hargai, namun dibiar pergi begitu sahaja.. daku memang hamba yang tidak malu dan tidak mengenal erti syukur yang sejati.. malunya diriku padaMU.. sebelum ku menyusun jari jemari kurniaanMU untuk memohon maaf zahir batin, izinkan daku merayu taubat buatMU yang maha agung.. ampunkan daku, sayang.. ampunkanlah dosa zahir batinku yang tidak terkata ini, ya rabb..daku merayu..
buat sang kekasih yang berlalu pergi.. mengertilah, saat2 indah bersamamu tetap akan menjadi memori terindah sepanjang tahunku.. terima kaasih atas kebahagiaan yang dikau inspirasikan ke dalam jiwaku.. dan daku yakini, dirimu tiada pengganti.. wahai kekasih.. sungguhpun begitu, ketahuilah.. diriku bukanlah hambamu, YA RAMADHAN..namun, mutiara2 yang ku kutip darimu akanku jadikan inspirasi perjalananku, INSYA ALLAH~
pastinya, kata rindu terhadapmu akan mentiti dibibirku.. apatah lagi di jiwaku.. semoga segenap detik hidupku di bawah rahmat si DIA yang amat kucinta!!!!