Tuesday, May 29, 2012

~duhai dokter~




Setiap dari kita pasti akan menjengah ke alam kerjaya. Sungguhpun begitu, tugasan utama kita sebagai khalifah di muka bumi ini, hambaNYA serta da’ie kan tetap berjalan sejajar dengan putaran waktu. Malah, beban yang digalas kian bertambah. Di sini, terasa suka untukku membicarakan tentang kerjaya seorang doktor.


Wahai para doktor, dengan ini daku merendahkan hati memohon segunung kemaafan atas pandangan yang terpesong mahupun ungkapan yang terlanjur yang pernah dilontarkan. Ya, mungkin kerana kesalahan yang secebis cuma, suatu spesifikasi yang salah telah menghukum semuanya. Lupakah kita pada jutaan kes telah dikendalikandengan sebaiknya. Namun hanya dengan kes yang satu ini, kita telah menghukum kesemuanya. Ini tidak adil. Ya, manusia mudah lupa! Hanya dengan suatu kesalahan, segala kebaikan diketepikan. Atas asbab ini jualah ramai wanita menghuni neraka lantaran mengatakan ‘aku tidak pernah melihat suatu kebaikan pun dari suamiku’; hanya kerana mungkin suatu kesalahan yang dibuatnya.


AlhamdulilLAH, syukur pada ALLAH yang telah menyentuh hatiku tentang betapa mulianya tugas seorang doktor. ALLAH benar-benar membuatku merasakan denyut kasih medik. Syukur kehadratNYA yang telah merobohkan tembok dan menyingkap hijab ini lantas mentarbiyyahku tentang semua ini. Apa yang berlaku, biarlah Dia yang tahu. Mendalam, amat mendalam tetapi hanya ini yang mampu ku zahirkan.


Tugasmu amat mulia, apatah lagi jika didasari dengan matlamatmu untuk kebangkitan Islam. Dikau bukan sahaja merawat jasmani insani malah turut merawat rohani manusia yang lebih parah. Duhai para tabib Islami, rintihmu kian ku dengari.


Sanggup tak makan kerana awlakan kami, bukan.

Sanggup berkejar ke sana ke sini untuk kami, bukan.

Sanggup melayan emosi kami walhal kamu kesuntukan masa, bukan.

Sanggup korbankan masa tidur dan rehatmu demi kami,bukan.

Malam itu dikau oncall dan esoknya paginya bekerja seperti biasa, bukan.

Bukan ganjaran yang dikau nantikan, bukan.

Sanggup menggadaikan masa bersama yang tersayang demi keutamaan kami,bukan.

Kamu menahan keperitan melihat kami menjadikan alasan sakit untuk tidak menunaikan solat,bukan.

Kamu sedih melihat kejahilan kami tentang masalah fiqh, bukan.

Kamu kecewa melihat kami yang tidak menjadikan sakit sebagai peluang untuk mendekatkan diri padaNYA, bukan.

Kamu tetap berusaha untuk hadir dalam wajah yang tenang dan mengukir senyuman walhal dirimu dicengkam keletihan, bukan.

Kamu penat dengan karenah kami yang tidak memahami, bukan.

Kamu tidak pernah meninggi diri atas title ‘doktor’ yang kamu miliki malah rela dimarahi pihak atasan, bukan.

Banyak yang hendak diperbetulkan dan disampaikan kepada kami namun kamu amat kesuntukan masa, bukan.

Banyak monolog dalamanmu, bukan.


Motivasi buatmu..sabarlah
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrulLAH". Ketahuilah! Dengan "zikrulLAH"itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Ar-ra’d:28

‘’Dan sesungguhnya kami akan berikan balasan pada orang yang sabar’’
An-nahl :96

‘’Sesungguhnya hanya orang-orang bersabarlah dicukupkan pahala mereka tanpa batas’’
Az-zumar : 10

SubhanALLAH…
Mengertilah, sesungguhnya setiap detik saat waktumu, apa yang terzahir mahupun yang tersembunyi dihatimu, adalah di bawah pengetahuan ALLAH. Usah lelah, tapi bangkit, tabah dan istiqamahlah. Nantikan kerehatanmu yang berpanjangan di jannah!


p/s: post ini tidak hanya tertakluk pada lapangan kedoktoran semata-mata. juga dapat diapplikasikan pada bidang masing-masing mengikut waqinya yang tersendiri.